Ini adalah kisah seorang pengacara TV yang menceritakan pengalamannya yang dipecat selepas mengacara satu program 'live' bersifat kebajikan di Tv salah satu negara di barat. Inilah akibatnya jika tidak dapat menahan emosi. Kepada yang bakal/sudah menjadi pengacara tv/radio/media dan sebagainya (terutama isteri saya DJ Nor - hehe) sama-samalah kita jadikan situasi ini satu iktibar dan pengajaran kepada kita agar berhati-hati apabila berhadapan sesuatu yang tidak kita jangkakan
Bayangkan orang yang tidak mempunyai tangan pun boleh melakukan sesuatu yang dia inginkan asalkan BERUSAHA DAN TIDAK PUTUS ASA SERTA YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI. Inikan pula kita mengaku tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang kita anggap susah walaupun ada keinginan sedangkan kita diciptakan sempurna tanpa cacat cela. Marilah kita renung-renung dan fikir bersama.
*Di mana ada kemahuan disitulah punca kemampuan dan kekuatan.
Jalangkah aku? Merantai tumbuhan di sawah kontang Mencatu air di perigi buta "Menjalangkan" salakan anjing liar, “Ah, salakan yang semakin sumbang”, kataku.
Memang jalangkah aku? Menangguk air di musim kemarau Lopak kutabur garam Agar tak bisa tawar lagi Kucurah air ke lopak yang masin Ramai yang mula mengikutku mereka tunduk kepala merayu Kupinta usapkan kakiku Mudahan dapat hadiah air ludahku yang tawar itu Menggantikan air lopak yang kutabur garam.
Ya, aku memang suka hidup dalam jalang, Mendesah rasa memuas nafsu Mengarah ini mengarah itu Yang kadang-kadang aku sendiri pun tidak tahu Antara jalang dan tunjuk belang.
Alang-alang menyeluk pekasam Biar baunya meresap ke dalam tulang Alang-alang menjadi jalang Tapi jangan sampai pecah tembelang.
Mengalir bendalir darah di teluk parah mengerdipkan mata rambang muncul sejarah menyaksikan perang di gelanggang tegang satu perjuangan yang tak berkesudahan antara pejuang kebebasan dan penghapus keganasan “siapa ‘tah’ yang betul antara keduanya”? Kedua-duanya dambakan kedamaian melalui kehancuran menagih simpati dengan mati mengikut hati pun dengan mati ah...!! Darah terus mengalir di teluk parah.
Hanyir pekat darah menusuk jiwa setiap insani satu persatu rebah menyembah tanah “akhirnya kembali juga ke tanah”? Mengizinkan diri menemui tuhan walaupun belum dijemput Ilahi menghapus musuh berkecai sendiri yang disasar derita yang berkuasa ketawa menjadi alasan mencetus kerakusan aduh!! Takkan surut bah darah di medan gagah melepas marah.
Berdoalah kita kepada Allah semoga disejukkan jiwa raga angkara manusia akibat sengketa yang menjadikan dunia gelanggang Neraka doakan sejahtera dunia akhirat mudah-mudahan tergolong orang yang mulia elakkan bumi berdarah kerana bumi adalah tempat beribadah.
‘Four digit’, ‘four digit’;
setianya memberi khidmat
mencari untung menjual nasib
kononnya dapat mengubah hidup gundah
dengan modal hanya sedikit
mensasar segelintir yang terhimpit
ingin keluar dari hidup sempit
mengenyit mata meneropong digit.
‘Four digit’, ‘four digit’;
di tepi jalan dan persimpangan
tangan melambai mencari pelanggan
tak terlepas pandangan orang kenderaan
singgah ke tepi membeli ‘rezeki’
entah menjadi atau rugi
di atas sepotong kertas asyik memerhati.
‘Four digit’, ‘four digit’;
gagapnya dia berdiri sendiri
menjadi pembela nasib penjudi
menyuluh harapan yang tak bererti
nasib sendiri terus menyepi
nasib orang pula hendak diketahui!
‘Four digit’, ‘four digit’;
hidup perit menjerit-jerit!
Ahli Persatuan Karyawan sastera Sarawak (PEKASA), Penulis Puisi dan Cerpen, Komposer/Pemuzik/Penyanyi lagu Puisi/etnik, Penggemar teater dan segala aktiviti sastera dan Budaya Malaysia.