Tuesday, June 30, 2009

"Thriller" in Jail at Cebu Philipines.




1,500 plus CPDRC inmates of the Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center, Cebu, Philippines at practice! This is not the final routine, and definitely not a punishment! just a teaser.

Takziah kepada keluarga Micheal Jackson.

Friday, May 8, 2009

Pelopor gRUNCE/pUNK aLTERNATIVE



Istilah GRUNGE muncul pertama kali pada awal tahun 90′an ketika Nirvana melancar lewat singlenya Smeel Like Teen spirits. Grunge merupakan perpaduan antara Heavy Metal dengan Punk dengan dasar bunyi yang muncul ala the Stooges dan Black Sabbath. Meskipun bunyi gitarnya mirip muzik metal 70′an, tetapi estetika Grunge jauh berbeza dari muzik metal lain. Lirik dan muziknya lebih mengarah ke punk dan idealisme indie seperti aliran American Hardcore awal ‘80an.

Berikut merupakan tiga band Grunge yang di nilai berpengaruh besar dalam perkembangan aliran tersebut iaitu di antaranya Nirvana, SoundGarden dan Pearl Jam(ketiganyaterbentuk di Seattle, Washington) yang kerap di jadikan acuan bagi pengusung grunge yang lain seperti Stone Temple Pilots, CandleBox, SilverChair, Everclear, Bush dan Seven Mary Three.


Grunge (kadang kala dkenali sebagai Bunyi Seattle) merupakan genre muzik rock alternatif yang diilhamkan dari punk hardcore, muzik heavy metal, dan rock indie. Grunge dicipta pada pertengahan-1980s oleh kumpulan dari negeri Washington, terutamanya dari kawasan Seattle.

Ia berjaya dari segi perdagangan pada pertengahan tahun 1990-an, disebabkan tertubuhnya kumpulan Nirvana (Nevermind) dan Pearl Jam Ten -Pearl Jam album. Genre ini dberkait rapat dengan Generation X di Amerika Syarikat, kerana kepopularan genre dan penggunaan istilah generasi timbul serentak.[1] Grunge adalah definasi awal fenomena muzik 1990-an, yang membezakan muzik rock 1990-an dari 1980-an.

Muzik Grunge bercirikan muzik gitar elektrik "kotor-dirty", strong riffs, dan dram yang kuat. Bunyi kotor disebabkan pengunaan meluas pengherot gitar yang kuat (heavy guitar distortion), kotak fuzz dan bunyi sua balas (Audio feedback). Ia juga terhasil dari pertukaran stail dalam kaedah piwaian memainkan rock punk. Grunge menggabung unsur pung keras dan heavy metal menjadi satu bunyi, sungguhpun kadang-kala ia dimainkan dengan penekanan pada salah satu darinya. Kumpulan Grunge terkenal kerana mentaliti dan atitud punk, dan muzik ini berkongsi dengan muzik punk dari segi bunyi kasar, tempo kencang, dan penyampaian vokal. Bagaimanapun, grunge turut membabitkan tempo lebih perlahan, (dissonant harmonies), dan peralatan rumit menyamai heavy metal.

Nirvana dianggap berjasa dalam mempopularkan punk, post punk dan indie rock sehingga aliran tsb menjadi mainstream di Amerika.Sound Nirvana sendiri mirip Black Sabbath dan Cheap Trick dengan pengaruh dari band-band indie rock seperti The Vaselines dan Meat Pupppets. Jadilah musik Nirvana yang berideologi indie dengan melodi pop dan distorsi heave metal.

Sejarah Nirvana di awali oleh pertemuan Kurt Cobain(Guitar/Vocal) dan Krist Novoselic(Bass) lewat Buzz Osboume(leader dari grup The Melvins) di Aberdeen(dekat Seattle) pada tahun 1985. Meski memiliki latar belakang keluarga yang berbeda(keluarga Krist cukup harmonis sedangkan orang tua Kurt telah bercerai), mereka sama-sama menyukai musik hardcore punk. Kurt yang pernah gabung dengan band Punk yang bernama Fecal Matter kemudian membentuk Stiff Woodies bersama Krist. Waktu itu Kurt main drum dan krist pegang bass. Posisi

Gitar dan vocal diisi oleh pemain tambahan sebelum Kurt memutuskan untuk menjadi gitaris sekaligus vocalis. Bersama drumer Aaron Burkhart, nama Stiff Woodies di ganti menjadi Skid Row, lalu di ubah lagi pada tahun 1987 menjadi Nirvana setelah setahun sebelumnya Aaron Burkhart keluar dan digantikan oleh Chad Channing. Nirvana kemudian membuat sepuluh demo bersama produser Jack Endino yang menawarkan demo tsb ke Jonathan Poneman, salah satu pendiri label Sub Pop(bareng Bruce Pavitt). Di bulan Desember 1988, Nirvana pun melancarkan single pertama lewat Sub Pop yang berjudul Love Buzz milik kelompok rock tahun 70′an asal Belanda, Shocking Blue. Single ini cukup sukses sehingga Nirvana langsung melancarkan debut album yang pertama yaitu Bleach(1989) dengan biaya hanya 600 dollar. Perlahan tapi pasti Bleach menjadi hit di radio-radio di kampus dan Nirvana secara konsisten mengadakan tour bersama gitaris kedua yaitu Jason Everman meski namanya di tulis di sampul kaset tetapi tidak main di satu lagupun. Jason kemudian meninggalkan Nirvana dan bergabung dengan Soundgarden kemudian Mindfunk.Bleach terjual sekitar 35.000 keping dan menjadi album favorite di kampus-kampus. Setelah melancarkan single Sliver, Dive bersama Butch Vig dan drumer Mudhoney, Dan Peters, Dave Grohl(ex hardcore band, Scream) masuk dan menjadi drumer tetap di Nirvana. Mereka lalu menggarap album keduanya yang bertajuk Nevermind di bawah label raksasa iaitu Geffen Records yang di lancar pada September 1991, setelah tour ke Eropah bareng Sonic Youth.

Lagu empat chord yang berjudul Smell Like Teen Spirits single dari album Nevermind ternyata meraih sukses berat. Videonya terus menerus diputar di salah satu stesyen music MTV dan menerobos Top Ten AS. Ditangga album Nevermind bahkan mengalahkan album milik Michael Jackson(Dangerous) dan sekaligus meraih triple platinum. Bukan hanya dunia industri musik yang di kejutkan oleh kehebatan tersebut, tetapi juga Nirvana sendiri. Mereka tampaknya tidak bersedia untuk menerima kejayaan tersebut. populariti membuat ketiganya tertekan dan mulai berkelakuan aneh dengan aksi panggung yang selalu di akhiri dengan kemusnahan alat-alat musik yang ada di pentas. Tekanan ini juga membuat Kurt dekat dengan ubat sialan itu. Pernikahan Kurt dengan Courtney Love(Hole) tahun 1992, tidak memperbaiki keadaan. Kurt semakin kecanduan ubat, Love bahkan di kabarkan juga mengkonsumsi ubat-ubat sialan itu pada saat hamil putri mereka, Frances Bean. Masalah pribadi membuat Nirvana tidak menggarap album baru, sebagai gantinya mereka melancar Incestiside(1992) yang merupakan kumpulan-kumpulan single lama. Baru di tahun 1993 mereka melancar album In Utero bersama produser. Kesuksesan Nirvana Nirvana tidak diikuti dengan kesembuhan Kurt, Kurt semakin tenggelam dalam depresinya dan beberapa kali berusaha untuk bunuh diri. Puncaknya, Kurt dikabarkan meninggal akibat bunuh diri dengan menembakan kepalanya sendiri pada bulan April 1994. Kematian Kurt membuat Krist dan Dave memutuskan untuk membubarkan Nirvana. Sebelumnya, mereka merencanakan melancar album MTV Unplugged(1994) dan From Muddy Banks of the Wishkah(1996) secara live version. Dua mantan personel Nirvana kemudian membentuk grup baru. Krist membentuk trio Sweet 75 dan Dave menjadi Gitaris dan vocalis Foo Fighters.

Monday, April 27, 2009

Pupus Bahasa

Dipetik dari blog Anwar ibrahim (Ketua Pakatan Rakyat)


Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru, terutamanya yang terdapat dalam sub-bidang baru yang muncul di dalam sains, teknologi, matematik, komunikasi, komputer dan lain-lain lagi.

Baca seterusnya di http://anwaribrahimblog.com/2009/03/30/pupus-bahasa/#more-6509

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Dipetik dari blog Tun mahathir...

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Baca seterusnya di http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

Thursday, April 9, 2009

JENIS-JENIS CABANG MUZIK ROCK MENGIKUT ZAMAN/ DEKAD

Tahun 1950an- awal 1960an
-Rock and roll
-Classic rock
-Progressive rock

Tahun 1970an
-Psychedelic rock
-Hard rock
-Punk Rock
-Heavy metal
-Hardcore punk

Tahun 1980an
-Alternative rock
-Glam metal
-Speed metal
-Avant-garde metal

Extreme metal/Underground metal
-Thrash metal
-Death metal
-Black metal
-Grindcore
-Gothic metal
-Doom metal
-Industrial metal

Tahun 1990an
-Grunge
-Britpop
-Indie rock

Tahun 2000an
Genre hybrid
-Rap rock
-Pop punk
-Post-grunge
-Nu metal

Monday, March 30, 2009

PENGACARA TV KURANG AJAR




Ini adalah kisah seorang pengacara TV yang menceritakan pengalamannya yang dipecat selepas mengacara satu program 'live' bersifat kebajikan di Tv salah satu negara di barat. Inilah akibatnya jika tidak dapat menahan emosi. Kepada yang bakal/sudah menjadi pengacara tv/radio/media dan sebagainya (terutama isteri saya DJ Nor - hehe) sama-samalah kita jadikan situasi ini satu iktibar dan pengajaran kepada kita agar berhati-hati apabila berhadapan sesuatu yang tidak kita jangkakan

Thursday, March 26, 2009

Pemain Gitar Kudung. Sungguh luar biasa.




Bayangkan orang yang tidak mempunyai tangan pun boleh melakukan sesuatu yang dia inginkan asalkan BERUSAHA DAN TIDAK PUTUS ASA SERTA YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI. Inikan pula kita mengaku tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang kita anggap susah walaupun ada keinginan sedangkan kita diciptakan sempurna tanpa cacat cela. Marilah kita renung-renung dan fikir bersama.

*Di mana ada kemahuan disitulah punca kemampuan dan kekuatan.

Thursday, February 26, 2009

AKU HIDUP DALAM JALANG


Jalangkah aku?
Merantai tumbuhan di sawah kontang
Mencatu air di perigi buta
"Menjalangkan" salakan anjing liar,
“Ah, salakan yang semakin sumbang”, kataku.

Memang jalangkah aku?
Menangguk air di musim kemarau
Lopak kutabur garam
Agar tak bisa tawar lagi
Kucurah air ke lopak yang masin
Ramai yang mula mengikutku
mereka tunduk kepala merayu
Kupinta usapkan kakiku
Mudahan dapat hadiah air ludahku yang tawar itu
Menggantikan air lopak yang kutabur garam.

Ya, aku memang suka hidup dalam jalang,
Mendesah rasa memuas nafsu
Mengarah ini mengarah itu
Yang kadang-kadang aku sendiri pun tidak tahu
Antara jalang dan tunjuk belang.

Alang-alang menyeluk pekasam
Biar baunya meresap ke dalam tulang
Alang-alang menjadi jalang
Tapi jangan sampai pecah tembelang.

S.I.J 26/02/2009

Wednesday, February 18, 2009

BUMI BERDARAH



Mengalir bendalir darah di teluk parah
mengerdipkan mata rambang muncul sejarah
menyaksikan perang di gelanggang tegang
satu perjuangan yang tak berkesudahan
antara pejuang kebebasan dan penghapus keganasan
“siapa ‘tah’ yang betul antara keduanya”?
Kedua-duanya dambakan kedamaian melalui kehancuran
menagih simpati dengan mati
mengikut hati pun dengan mati
ah...!!
Darah terus mengalir di teluk parah.

Hanyir pekat darah menusuk jiwa setiap insani
satu persatu rebah menyembah tanah
“akhirnya kembali juga ke tanah”?
Mengizinkan diri menemui tuhan
walaupun belum dijemput Ilahi
menghapus musuh berkecai sendiri
yang disasar derita yang berkuasa ketawa
menjadi alasan mencetus kerakusan
aduh!!
Takkan surut bah darah
di medan gagah melepas marah.

Berdoalah kita kepada Allah
semoga disejukkan jiwa raga
angkara manusia akibat sengketa
yang menjadikan dunia gelanggang Neraka
doakan sejahtera dunia akhirat
mudah-mudahan tergolong orang yang mulia
elakkan bumi berdarah
kerana bumi adalah tempat beribadah.


S.I.J Kuching.

LASYKAR HITAM



Lasykar Hitam,
Bahtera dosa menyusur
Mengocak tasik fikiran
Hadir layar bicara
Hembusan bayu ingkar
Menggetar gua naluri
Dari tebing hasutan.

Lasykar Hitam bergerak,
Menyusup ke setiap urat dan nadi
Dengan barisan tegar
Melebur rasa kasih
Ke acuan angkuh!

Lasykar Hitam mara,
Mencarik-carik jalan waras
Memungkar akal tauhid
Ke arah songsang sejadah.

Lasykar Hitam,
Mencemburui rasa insaf
Dengan cekal dendam
Menyogok khilaf
Kewujudan Adam.

Lasykar Hitam patuh,
Bisikan Azazil
Membawa durjana dosa
Hingga tempikan sangkakala!


S.I.J Kuching.

REZEKI SONGSANG



‘Four digit’, ‘four digit’;
setianya memberi khidmat
mencari untung menjual nasib
kononnya dapat mengubah hidup gundah
dengan modal hanya sedikit
mensasar segelintir yang terhimpit
ingin keluar dari hidup sempit
mengenyit mata meneropong digit.

‘Four digit’, ‘four digit’;
di tepi jalan dan persimpangan
tangan melambai mencari pelanggan
tak terlepas pandangan orang kenderaan
singgah ke tepi membeli ‘rezeki’
entah menjadi atau rugi
di atas sepotong kertas asyik memerhati.

‘Four digit’, ‘four digit’;
gagapnya dia berdiri sendiri
menjadi pembela nasib penjudi
menyuluh harapan yang tak bererti
nasib sendiri terus menyepi
nasib orang pula hendak diketahui!

‘Four digit’, ‘four digit’;
hidup perit menjerit-jerit!


S.I.J Kuching.